Sunday, August 8

Salam Mubarrak


Assalamualaikum ..,

Alhamdulillah, syukur bagi Allah yang memberi kita kesempatan sekali lagi bertemu dengan satu bulan yang paling mulia diantara bulan-bulan yang lain.


Berpuasalah kita dengan seikhlasnya. Segala amal ibadat kita akan berbalik kepada kita, kecuali berpuasa dan amalan puasa akan dinilai oleh Allah. Kehangatan sebenar bukan pada bahang mentari tetapi kerakusan nafsu amarah yang dekat kepada perkara yang jijik. Hakikatnya, kesabaran ita menjadi sinar bagi dai'e, pendinding bagi mereka yang sedang bertempur di medan jihad dan kekuatan bagi mereka yang mencintai tuhannya. Beradablah dengan tuhan, beradab dengan kerendahan hati, beradap dengan syukur, beradab dengan doa. Dengan beradap, ia baik untuk kita dan jauh dari bala' manusia.

Sepanjang bulan puasa ini, berbuat baiklah, pada jiran mu, dan waris mu. Jadikanlah bulan ini untuk kamu berlatih untuk memperbanyakkan ibadat mu yang lain. Amal pada makna ialah perbuatan yang dengan ia memberikan habuan. Amalan akan dibalas dengan pahala. Jangan sekali kamu mengharapkan pahala, tapi jadilah hamba yang merendah hati dan becita-cita dapat memandang wajah tuhan mu.

Pujian bagi Allah yang mendekatkan kita kepada Ramadhan. Puji bedamping dengannya ialah syukur. Alhamdulillah.

1 comment:

Unknown said...

Alhamdulillah.. Bulan yg dinanti kunjung tiba. Syukur kerana masih bernafas utk menikmati Ramadhan kali ini.. Moga kita semua mendapat kenikmatan dan keberkatan 1000 bulan ini. Juga dpt menikmati Lailatul Qadar yg menjanjikan kebaikan yg tidak terhingga.. Selamat datang Ramadhan...