Monday, August 25

Dahulukan Belajar Ilmu Yang Fardhu Ain


Wahai anakku yang tercinta,

Apakah hasil yang engkau perolehi daripada menhabiskan masa hanya belajar ilmu Al-Kalam (perbahasan ilmu Tauid yang dalam-dalam) dan ilmu Khilaf (perbahasan ilmu Feqah yang halus-halus) dan ilmu Thib (ilmu Kedoktoran/perubatan) dan ilmu Ad-Dawawin wal Syi'r (ilmu yang berkenaan dengan dewan syair Arab) dan ilmu Nahu wa Tasrif (ilmu yang yang berkenaan denga bahasa Arab) selain daripada mempersia-siakan umur dengan menyalahi perintah Allah yang maha Besar

(Maksud Imam Al-Ghazali ahimatullah taala dalam perenggan ini ialah berlebih-lebihan dan membuang masa mempelajari masalah yang halus-halus dan perbahasan yang dalam-dalam, sehingga mengakibatkan seseorang itu tidak mempunyai masa yang cukup untuk belajar ilmu yang fardhu ain)


Sesungguhnya aku telah melihat di dalam Injil Nabi Isa A.S. ada disebutkan:

Mulai seorang mayat diletakkan diatas keranda sapai mayat itu diletakkan di tepi kuburnya, Allah taala telah bertanya kepadanya empat puluh soalan. Yang pertama sekali ialah:
"Wahai hambaku! Kenapa engkau sentiasa sepanjang tahun memperhatikan kebersihan tempat pandangan manusia kepadamu(iaitu anggota badanmu) tetapi engkau tidak peduli kepada tempat pandanganKu (hati engkau) walaupun hanya satu saat"

Dan setiap hari Allah taala memandang ke dalam hatimu lalu ia berfirman:
"Kenapa engkau hanya memberikan perhatian kepada selain daripadaKu, sedangkan engkau dikelilingi dengan ehsanKu. Apakah engkau sebenarnya tuli, dan tidak dapat mendengar lagi"

Monday, August 18

Hakikat Hidup, Cinta dan Amal


Wahai anakku yang tercinta,

Hiduplah engkau sesuka hatimu kerana engkau pasti akan mati dan cintailah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engakau pasti akan berpisah denganya dan buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau akan dibalas mengikut amal perbuatanmu.

Sunday, August 17

Ikhlaskan Hatimu


Wahai anakku yang tercinta,

Berapa banyakkah daripada amalan-amalan yang telah engkau penuhkan dengan berjaga untuk mengulangkaji dan menalaah kitab, dan berapa lama engkau telah menaha tidur ke atas dirimu. Saya tidak pasti apakah niat yang mendorong engkau berbuat sedemikian, apakah hanya semata-mata mencari keuntungan dunia, menghimpunkan segala mata bendanya dan mencapaikedudukan yang tinggi serta berbangga dengan kebolehanmu di hadapan kawan-kawan. Jikalau ini niatmu maka engkau akan rugi serugi-ruginya.

Tetapi jika niatmu di dalam segala usahamu itu untuk menghidupkan syariat Nabi Muhammad SAW. dan memperbaiki akhlakmu, serta memecahkan keinginan nafsumu yang selalu menyuruh untuk berbuat jahat, maka untunglah engkau seribu untung. Sungguh benar seorang ahli syair yang berkata:
Ertinya,

Berjaga malam kalau bukan kerana ZatMu adalah sia-sia dan menangis kalau bukan kerana kehilanganMu adalah tidak berguna.

Saturday, August 16

Kadar Balasan Mengikut Kadar Amalan


Wahai anakku yang tercinta,

Selama mana engkau tidak beramal maka selama itulah engkau tidak mendapat pahala.
Diriwayatkan bahawa ada seorang lelaki dari kalangan Bani Israel yang telah beribadat selama 70 tahun lamanya, lalu Allah taala mahu menunjukkan keadaannya ini kepada para malaikat, maka Allah taala mengutuskan kepadanya seorang malaikat yang memeberitahu bahawa: Walaupun ia telah beribadat 70 tahun lamanya ia masih belum layak untuk masuk ke dalam syurga. Apabila malaikat ini selesai memberitahu hal ini kepadannya lalu ia berkata: Itu bukan urusan saya. Saya diciptakan untuk beribadat kepada Allah. Maka itulah kerja yang saya mesti saya lakukan. Apabila malaikat itu kembali kepada Allah lalu ia berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya engkau Maha Mengetahui apa yang telah diperkatakannya. Lalu Allah taala berfirman:"Apabila hambaku itu tidak berpaling daripada beribat kepadaku, maka Aku membalasnya dengan kemurahaKu, Aku juga tidak akan berpaling daripadanya. Wahai para malaikatKu, saksikanlah kamu semua bahawa Aku telah mengampuni akan segala dosanya.

Dan telah bersabda Rasulullah SAW:
Maksudnya,
Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab, dan timbanglah amalanmu sebelum kamu ditimbang.

Dan berkata Saidina Ali KW:
Maksudnya,
Siapa yang menyangka bahawa tanpa usaha ia akan dapat masuk ke dalam syurga maka orang itu hanya berangan-angan sahaja dan sesiapa yang menyangka bahawa dengan usaha itu sahaja ia akan masuk syurga maka orang itu telah merasa kaya daripada rahmat Allah taala.

Dan berkata Hassan Al Basri RA:

Mencari syurga tanpa amalan adalah satu dosa daripada segala dosa.


Dan belia berkata lagi,
Tanda faham hakikat ilmu itu ialah meninggalkan memperhatikan pahala suatu amalan, bukan meninggalkan amalan.

Dan bersabda Rasuluallah SAW:

Maksudnya,
Orang yang bijak itu ialah orang yang sentiasa menghitung dirinya dan beramal untuk kehidupan sesudah matinya. Dan orang yang bodoh ialah orang yang selalu memperturutkan kehendak nafsunya dan hanya banyak berangan-angan untuk mendapat kemurahan Allah taala.

Monday, August 11

Ilmu Itu Tidak Bermanafaat Kecuali Bila Sudah Diamalkan


Wahai anakku yang tercinta,

Janganlah engkau jadi orang yang muflis pada amalnya dan janganlah engkau jadikan dirimu itu kosong daripada perkara yang berfaedah dan yakinlah bahawasanya semata-mata ilmu itu belum dapat menjamin keselamatan mu di akhirat ke belakang.
Umpamanya: Kalau seseorang ada memiliki sepuluh bilah pedang yang sangat tajam dan juga bermacam-macam senjata yang lain lagi dan dia pula adalah seorang yang berani dan sangat cekap dalam peperangan, lalu datang seorang singa yang garang dan terus menyerangnya. Maka apa pendapatmu, apakah semata-mata semiliki segala senjata tadi tanpa menggunakannya sudah cukup untuk menangkis serangan singa tadi? Sudah tentu tidak. Segala senjata itu baru bermanafaat apabila ianya digunakan oleh tuan empunya senjata itu. Maka begitulah keadaan seseorang yang telah mengetahui ratusan ribu masalah ilmu tetapi ia tidak beramal dengannya, maka segala ilmunya tidak akan bermanafaat kecuali stelah diamalkannya. Sama pula keadaanya dengan seseorang yang diserang sakit demam panas dan sakit kuning yang biasanya ia dinasihatkan meminum ubat sekanjabin dan kaskab(sejenis ubat-ubatan yang merukan campuran daripada cuka dan madu atau apa juga yang manis dicampurkan dengan yang masam), maka tidak akan hasil sembuhnya kecuali dengan meminum ubat tersebut.
Dalam hal ini disebutkan suatu syair dalam bahasa Parsi:

Seandainya engkau menimbang dua ribu kati arak, maka engkau tidak akan mabuk sehingga bila engkau meminumnya.

Jadi jika engkau belajar imu seratus tahun lamanya dan engkau menghimpunkan seribu buah kitab maka engkau masih belum layak mendapat rahmat Allah taala kecuali dengan mengamalkan ilmu ini. Allah taala telah berfirman:
Dan sesungguhnya manusia itu tidak akan mendapatkan sesuatu, kecuali apa yang diusahakannya.

Dan firmannya lagi:

Maksudnya,
Maka sesiapa yang mengharapkan akan bertemu Tuhannya, maka hendaklah ia beramal akan amalan yang salih
Surah Al-Kahfi : 110

Dan firmannya lagi,
Maksudnya,
(Balasan yang diberikan kepada mereka itu) adalah sebagai balasan bagi amalan yang telah mereka lakukan.
Surah At-Taubah : 82

Dan firmannya lagi,
Maksudnya,
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh adalah syurga :"Jannatul Firdaus" itu sebagai tempat tinggal mereka. Mereka kekal didalammnya dan mereka sudah tidak mahu lagi mencari tempat yanglain daripadanya sebagai gantinya.

Dan firmannya lagi,
Maksudnya,
Kecuali(ertinya tidak masuk neraka) orang yang bertaubat dan beriman serta beramal dengan amal yang salih.
Surah Al-Furqan : 70

Apabila engkau tidak beramal dengan ilmu maka apa jawapanmu terhadap hadis di bawah ini:
Maksudnya,
Islam itu diasaskan atas lima perkara: Penyaksian bahawa tidak ada Tuhan kecuali Allah dan bahawa Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, mengerjakan haji ke Baitulah bagi mereka yang mampu pergi ke sana.

Maka iman tu ialah perkataan dengan lidah, membenarkan dengan hati dan beramal dengan angota. Dan dalil yang menuntut kita supaya beramal itu sangat banyak sekali sehingga tidak dapat dihitung banyaknya. Walaupun seorang hamba itu akan masuk syurga hanya dengan rahmat Allah dan kemurahan Allah taala, namun rahmat dan kemurahan ini didapati setelah seseorang hamba itu mempersiapkan diri dengan ketaatan dan ibadat, kerana rahmat Allah itu dekat kepada hamba-hambaNya yang berbuat baik.

Seandanya ada orang berkata:

Masuk syurga itu hanya dengan semata-mata iman(Inilah i'tikad Ahli Sunnah Wal Jamaah)

Maka kami menjawab,
Memang begitu, tetapi bilakah seseorang itu dapat sampai ke sana dengan selamat(masuk syurga) dan berapa banyak halangan dan dugaan yang besar-besar yang mesti dilaluinya sebelum sampai ke sana.

Maka dugaan pertama yang mesti dilauinya ialah ddugaan iman itu sendiri, apakah ia pasti selamat daripada tercabut iman sehingga ke akhir hayatnya. Dan apabila ia telah mati dalam keadaan beriman, maka apakah telah pasti pula bahawa ia tidak akan muflis atau rugi. Dan berkata Imam Al-Basri rahimahullahu taala:

Allah taala berfirman kepada hamba-hambaNya pada hari kiamat nanti: "Masuklah kamu ke dalam syurga dengan rahmatKu, dan tentukan kedudukan kamu masing-masing menikut amalan kamu".