Wednesday, September 3

Ilmu Sahaja Belum Memberi Manafaat Akan Engkau


Wahai anakku yang tercinta,

Ilmu tanpa amal ialah gila, dan amal tanpa ilmu pula ialah sia-sia.


Dan ketahuilah bahawasanya ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan engkau daripada perbuatan maksiat, dan belum mampu mendorong engkau berbuat taat dan tidak akan dapat menjauhkan engkau pada hari kiamat daripada api neraka. Dan apabila engkau tidak beramal dengan amal dengan ilmu yang ada pada dirimu dan engkau tidak membuat pembetulan terhadap segala kesilapan yang engkau lakukan pada masa yang lalu, kelak engkau akan berkata pada hari kiamat nanti:
Maksudnya,
"Wahai tuhan kami! Kami telah melihat dan , mendengar dengan sejelas-jelasnya(akan segala yang kami ingkari dahulu) maka kembalikan kami ke dunia untuk kami beramal sholeh"

Lalu dikatakan kepada engkau:

Wahai si bodoh, kenapa engkau hendak kembali ke sana, sedangkan engkau baru sahaja datang dari sana.