Tuesday, July 14

Tudung dan Si Pemakai


Assalamualaikum ...
Hari ini, terbuka hati dari kudrat Allah taala, mencari-cari di internet pasal tudung. Bukan apa, kawan mintak tolong buat banner jual tudung. Ramai yang mempertikaikan memakai tudung dan tindak tanduk Si Pemakai.

Teringat ana pada satu kuliah di rumah ustaz. Ustaz bercerita.
Pada satu masa, bertanya Jibril kepada Allah, "Siapakah kejadiannya lebih hebat daripada kejadian aku?" Maka menjawab Allah, "Tiada". Maka malaikat Jibrail menunaikan solat tanda syukur kepada Allah. Kemudian bertanya kembali malaikat Jirail, "Apakah ada solat sunat yang lebih baik daripada solat aku?". Maka menjawab Allah, "Ya, solat daripada Bani Adam. Sesungguhnya, solat mu bukan kerana perintah ku, tetapi solat Bani Adam kerana mentaatu perintah ku."

Wahai sahabat, adalah dijadikan kita untuk mentaati Allah dan Rasulnya. Taatilah hanya kerana Allah. Ramai yang menempelak dan mempertikaikan umat yang bertudung tetapi tidak menjaga adab sebagai seorang muslimah. Malah ada yang menjadikan itu sebagai alasan untuk tidak memakai tudung. Sebagai seorang muslim/muslimah yang mempunyai hubungan dengan tuhan dari segi ibadat dan hati, seharusnya kita memahami, bahawa susah senang, ibadat atau maksiat hanyalah datang dari kudrat dan iradat Allah. Janganlah kita mengutuk orang yang tidak termasuk kedalam golongan yang bahagia, malah berdoalah kebajikan kita semua.
Amin.

Bagi Si Pemakai, janganlah menjadikan takdir Allah sebagai alasan. Allah telah menunaikan hak Nya, tetapi apakah hak kita sebagai hamba.
1. Apabila ditakdirkan Allah kesenangan kepada hambaNya, hak hamba untuk mensyukuri
2. Apabila ditakdirkan Allah kesusahan kepada hambaNya, hak hamba untuk bersabar
3. Apabila ditakdirkan Allah ibadat kepada hambaNya, hak hamba untuk mensyukuri
4. Apabila ditakdirkan Allah maksiat kepada hambaNya, hak hamba untuk bertaubat

Sesungguhnya, rukun taubat itu dua, menyesali perbuatan maksiat dengan bersungguh-sungguh dan suka untuk meninggalkan maksiat tersebut. Sama-samalah kita memohon kepada Allah rabbul Alamin.
Amin.