Saturday, October 24

Muqarranah Solat


Assalamualaikum,

Di dalam beberapa hari ini, terasa diri ini jahat sangat sebab terkeluar daripada mulut, tersalah laku kerana menegur dan mengajak beberapa kawan untuk bersolat jemaah sekali, sedangkan saya tahu memang jarang mereka solat. Saya takut sangat, kerana saya faham, hidayah dan kekuatan untuk beribadat hanya datang daripada Allah taala. Takut-takut kata-kata / tindakan saya menjadi fitnah kepada saya pulak nanti. Tapi, kadang-kadang betul jugak kata seorang kawan, "kita menegur untuk diri kita dan juga diri mereka, yang lain serah pada Allah taala".

Selalu kita mendengar bahawa, solat itu tiang agama. Malah ada hadis sahih muslim yang mengkafirkan orang yang tidak menunaikan solat. Tetapi bukan lah mengkafirkan pada iktiqad tetapi pada amalan. Kafir maksud pada bahasa arab ialah derhaka. Tetapi seorang Ustaz pernah perjelaskan masalah ini, bahawa jika solat jika terus menerus ditinggalkan, maka seseorang itu boleh jatuh kepada kafir iktiqad kerana tiada iman yang tertegak pada hati. Na u'zu billah himin zalik

Tapi sebenarnya, saya nak bercerita mengenai muqarranah solat sebenarnya. Niat bermaksud lintasan hati. Ada 4 jenis orang berniat di dalam solat, 2 diterima dan 2 lagi ditolak:
1. Lintasan hati dengan niat yang sempurna(diterima)
2. Lintasan hati dengan niat yang tidak sempurna(diterima)

3. Kata-kata hati dengan niat yang sempurna(ditolak)

4. Kata-kata hati dengan niat yang tidak sempurna(ditolak)


Berhati-hatilah.


Muqarranah solat adalah bahagian-bahagian niat pada solat, semasa mengangkat takbiratul ihram. Secara asasnya, muqarranah solat itu 3:-
1. sahaja aku solat
2. fardhu/ sunat
3. subuh/asar ...dsb

Maka untuk solat biasa, muqarranah nya adalah 3. Tetapi apabila didalam solat jumaat, muqarranah menjadi 4 kerana syarat sah solat Jumaat perlukan 40 orang ahli. Muqarranah solat Jumaah ialah:-

1. sahaja aku solat
2. fardhu/ sunat

3. subuh/asar/jumaat ...dsb
4. mengikut imam

Begitu juga dengan solat yang di Qasarkan(terkecuali jamak) dengan 4 muqarranah, kerana memendekkan solat. Maka muarranah solat Qasar menjadi :-
1. sahaja aku solat
2. fardhu/ sunat

3. subuh/asar ...dsb
4. Qasar


Solat yang dijamakkan tidak dikira sebagai muqarranah kerana tidak disyaratkan niat pada takbiratu ihram solat. Cukup sekadar lintasan hati di dalam mana-mana bahagian solat.

Muqarranah solat meletakkan solat kepada satu tangga berbeza dengan solat lain. Solat dengan Muqarranah 4 adalah lebih tinggi nilainya daripada muqarranah yang 3. Sebab itu, solat Jumaat lebih tinggi daripada solat Zohor, dan solat Qasar lebih tinggi daripada zohor atau asar.

Muqarranah juga memberi kesan kepada solat jemaah. Adalah menjadi syarat muqarranah solat imam perlu lebih atau sama dengan makmum. Maka tidak diboleh untuk solat Qasar makmum, berimamkan dengan solat Zohor.

Rasanya banyak sangat saya bercerita. Takut salah la pulak. Jika ada yang meragukan sila lah beri komen. Harap dimaafkan jika tersilap atas hamba yang jahil ini.

Sekian

Persoalan Haslinda .. rujuk comment pada Solat Qasar dan Jamak

Waalaikumussalam,

Terima Kasih Haslinda.

Sebelum saya menjawab persolaan haslinda saya perlu tahu, samada seminggu itu termasuk hari perjalanan atau tidak.

Solat jamak dan qasar dapat dilakukan sebaik sahaja haslinda keluar daripada qariah tempat tinggal haslinda. Sebagai contoh, Haslinda bergerak daripada rumah ke pejabat, kemudian terus ke kelantan untuk outstation. Maka, Haslinda di bolehkan bersolat jamak dan qasar di pejabat, dengan syarat pejabat adalah diluar daripada qariah.

Maksud Qariah disini, ialah qariah solat jumaat. Maka, dengan kata lain kawasan perumahan, taman, seksyen atau kampung tempat tinggal kita.

Yang dikatakan bermukim dalam 3 hari adalah tidak termasuk hari perjalanan.

Saya harap persoalan Haslinda akan terjawab.