Friday, June 20

Bagaimana sepatutnya Kita Menerima Nasihat


Wahai anakku yang tercinta,

Memberi nasihat itu sebenarnya mudah sahaja dan yang berat ialah menerima isi nasihat tersebut keranan setiap nasihat itu terasa kesangatan pahit bagi siapa yang selalu mengikut kehendak hawa nafsunya. Nafsu selalu mencintai perkara-perkara yang dilarang apatah lagi bagi orang yang mencari ilmu yang rasmi(maksudnya mencari ilmu supaya mendapat sesuatu gelaran rasmi) serta sentiasa sibuk untuk menonjolkan kehebatan diri dan menghimpunkan kesenangan dunia, kerana orang yang seperti ini biasanya mengganggap bahawa hanya dengan sekadar memperolehi ilmu itu sedah cukup menjadi sebab keselamatannya dan sebab kebahagiaan mkaa ia tidak perlu beramal dengan ilmu yang dipelajarinya itu. Orang yang seperti ini sebenarnya telah terpengaruh denagn i'tiqad da aliran pemikiran ahli falsafah(dimaksudkan dengan orang yang mempunyai fahaman sekular di zaman sekarang). Subhanallah, alangkah kelirunya pemikiran yang seperti ini. Bukankah ia telah mengetahui bahwasanya seseorang itu apabila telah dapat menghasilkan ilmu kemudian ia tidak beramal dengan ilmu yang telah diketahuinya itu, nanti pada hari kiamat ia akan disoal dengan soalan yang lebih berat lagi daripada orang yang tidak mengetahui apa-apa. Seperti apa yang telah disebutkan didalam hadith Rasulullah saw:
Ertinya "Orang yang paling pedih seksaanya pada hari kiamat nanti ialah seoarng alim yang tidak memberi manafaat akan dia oleh Allah dengan ilmunya"
Dan diriwayatkan daripada Imam Al Junaid Al Baghdadi Qaddasallahu Sirrahu bahawa ada seorang yang telah bermimpi bertemu dengan beliau di waktu tidur selepas kematian beliau. Lalu orang ini bertanya kepada Imam Al Junaid Al Baghdadi dengan katanya: Apa khanar kamu wahai Abu Al Qasim(Al Junaid Al Baghdadi). Lalu Imam Al Junaid Al Baghdadi menjawab: Sebenarnya telah hilang segala ilmu yang zahir dan juga telah hilang ilmu yang batin. Dan sudah tidak ada lagi yang bermanafaat kecuali hanya beberapa rakaat yang sempat kami lakukan di tengah malam.

Monday, June 16

Waktu Itu Ialah Kehidupan


Wahai Anakku yang tercinta,
Sebahagian daripada nasihat Rasullulah saw. kepada umatnya ialah
Ertinya :
"Adalah dikira sebagai berpalingnya Allah taala daripada seseorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah. Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakannya pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya(beribadat pada Allah) maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya(pada hari kiamat nanti) dan siapa yang umurnya lebih daripada empat puluh tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka"

Sebenarnya sekadar ini sudah cukup untuk menjadi nasihat kepada orang yang berilmu.