Thursday, August 13

Penjelasan Mengenai Solat Jamak dan Qasar


Assalamualaikum ...

Ada beberapa sahabat bertanya mengenai masalah solat jamak dan qasar. Mungkin ramai diantara kita mengetahui, syarat-syarat dan rukun solat jamak atau qasar. Tapi bila praktikalnya, macam-macam persoalan timbul.

Antara yang perlu dijelaskan didalam solat jenis ini, ialah membezakan antara bermastautin atau bermukim.
Bermastautin = orang yang berniat tinggal tetap dan tidak akan berpindah lagi sehingga ke akhir hayat.
Bermukim = orang yang tinggal pada satu tempat lebih pada 3 hari berturut-turut dengan niat akan berpindah pada satu masa nanti.
Bermusafir = orang yang didalam perjalanan dan tinggal pada satu tempat kurang daripada 3 hari atas satu urusan yang baik.

Dengan ini, kita dah dapat selesaikan satu masalah. Apabila kita hendak bermusafir pada satu tempat, kita perlu lihat pada keadaan kita.

Sebagai contoh, perjalanan saya ke kampung di Johor dan saya memang menanam niat untuk kembali ke Johor satu hari nanti. Dengan ini, saya bermastautin di Johor, tetapi bermukim di Shah Alam(tempat tinggal kini). Maka, saya boleh bersolat jamak dan qasar hingga sebelum sampai pada qariah kampung saya.

Satu lagi masalah mengenai solat jamak dan qasar pada hari Jumaat. Persoalannya, apakah boleh dijamakkan Solat Asar pada Solat Jumaat. Jawapannya boleh apabila didalam keadaan musafir. Namun begitu, boleh juga untuk tidak menunaikan Solat Jumaat dan diganti dengan solat Zohor jamak dengan Asar. Tetapi, pada saya, saya lebih suka untuk solat Jumaat jamak dengan Solat Asar kerana Solat Jumaat lebih tinggi muqarranah nya. Kepada sesiapa yang tidak memahami maksud Muqarranah, akan saya jelaskan pada tulisan akan datang dan ini termasuk kepada hukum solat berjemaah pada solat imam dan makmum yang berbeza-beza.

Untuk ini, mohon rahmat allah jika ada kesilapan pada saya diperbetulkan. Manafaat atau mudharat datang daripada Allah dan segala tulisan saya adalah takdir/qudrat dan iradat dari Allah. Saya mohon ampun kepada Allah, dan jika sesiapa ragu-ragu jangan gunakan ilmu ini atau dapatkan pendapat yang lebih jelas dan kuat.