Thursday, August 12

Beradap Dengan Tuhan

Assalamualaikum ..,

Saban hari kita bersolat, dan beribadat kepada Allah, dari sehari ke hari. Ada kata pujangga mengatakan bahawa waktu hidup manusia hanyalah diantara iqamah dan azan. Pendek sungguh tempoh kita berehat di alam dunia. Namun, didalam masa yang sesingkat ini, sempatkah kita untuk sedar mengapa kita di hidupkan dan berehat sebentar didunia.

Seharian didalam hidup kita beribadat dan berdoa kepada Allah. Adakah kita memandang tuhan kita pada masa berhadapan dengan Nya. Adakah kita menjaga segala tingkah laku dan bicara ketika memandang tuhan pemilik segala raja.

Adakah wudhu' kita bersama doa mendapat rahmat nya?
Adakah soalt kita merendah diri berhadapan dengan Allah?
Adakah puasa kita ikhlas kepada Allah?
Adakah kita cinta sehingga kita sanggup mati untuk bertemu dengan tuhan semesta alam?

Ingatlah Allah dan merendah diri kepada Nya. Wahai sahabat ku, tanamkanlah tauhid didalam jiwamu. Hakikat sebenarnya, Allah lah yang meletakkan iman di dalam jiwamu. Pujilah Allah beserta syukur, andai tiada iman di dada, maka hinalah kamu seperti golongan kafirin. Jatuhkanlah harga diri kamu sehingga hilang rasa keakuan dirimu. Janganlah kamu terburu-buru menghina orang lain sedangkan dirimu sendiri tidak tentu akhirnya. Beristigfarlah sebagai hamba yang hilang dan baru pulang ke pangkuan tuan hamba. Berharaplah seperti musaffir yang terputus bekalan.

Tidak dijadikan manusia itu melainkan mengadikan diri kepada Allah. Berabdilah sehingga kamu benar-benar mengenali tuhan mu. Sucikanlah jiwa kerana dengan suci jiwa mu maka sucilah seluruh anggota tubuh mu. Berdoalah supaya seluruh hidup mu akan datang adalah kebajikan. Semoga kita didalam rahmat Allah.

Sunday, August 8

Salam Mubarrak


Assalamualaikum ..,

Alhamdulillah, syukur bagi Allah yang memberi kita kesempatan sekali lagi bertemu dengan satu bulan yang paling mulia diantara bulan-bulan yang lain.


Berpuasalah kita dengan seikhlasnya. Segala amal ibadat kita akan berbalik kepada kita, kecuali berpuasa dan amalan puasa akan dinilai oleh Allah. Kehangatan sebenar bukan pada bahang mentari tetapi kerakusan nafsu amarah yang dekat kepada perkara yang jijik. Hakikatnya, kesabaran ita menjadi sinar bagi dai'e, pendinding bagi mereka yang sedang bertempur di medan jihad dan kekuatan bagi mereka yang mencintai tuhannya. Beradablah dengan tuhan, beradab dengan kerendahan hati, beradap dengan syukur, beradab dengan doa. Dengan beradap, ia baik untuk kita dan jauh dari bala' manusia.

Sepanjang bulan puasa ini, berbuat baiklah, pada jiran mu, dan waris mu. Jadikanlah bulan ini untuk kamu berlatih untuk memperbanyakkan ibadat mu yang lain. Amal pada makna ialah perbuatan yang dengan ia memberikan habuan. Amalan akan dibalas dengan pahala. Jangan sekali kamu mengharapkan pahala, tapi jadilah hamba yang merendah hati dan becita-cita dapat memandang wajah tuhan mu.

Pujian bagi Allah yang mendekatkan kita kepada Ramadhan. Puji bedamping dengannya ialah syukur. Alhamdulillah.