Friday, October 17

Tinggikan Hemahmu dan Lawanlah Nafsumu dan Buatlah Bekalan Akhiratmu

Wahai Anakku yang Tercinta,

Jadikanlah hemahmu itu dalam meningkatkan rohanimu, dan jadikanlah segala kegagalan itu berada di pihak hawa nafsumu. Dan Jadikanlah kematian itu hanya pada badanmu, kerana tempat tinggalmu ialah liang kubur, dan penghuni kubur sentiasa menanti kedatanganmu pada setiap masa, maka jangan sekali-kali engkau datang ke sana tanpa bekalan.

Dan Berkata Saidina Abu Bakar As Sidiq R.A:
"Badan kita itu tidak ubanhnya laksana sangkar burung ataupun kandang binatang maka fikirlah baik-baik untuk dirimu. Dan tentukanalah bagi dirimu, yang mana satu di antara dua perumpamaan ini.

Jikalau engkau laksana burung yang terbang tinggi maka ia akan terbang dengan riang gembira apabila mendengar seruan:
Maksudnya,
Kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai (Surah Al Fajr, 28)

Engkau akan terus terbang tinggi sehingga engkau akan hinggap di puncak pohon-pohonan syurga yang tinggi. Ini seperti mana sabda Rasulluallah SAW ketika Saad bin Muaz meningal dunia:
Maksudnya,
Telah bergegar Arasy Allah(kerana kegembiraan) ketika kematian Saad bin Muaz.

Dan mudah-mudahan Allah melindungi engka daripada menjadi laksana binatang ternak seperti firman Allah taala:
Maksudnya,
Mereka ini laksana binatang bahkan lebih sesat lagi (Surah Al A'raf, 179)

Maka tidak mustahil bahawa engkau berpindah dari alam dunia ini ke dalam jurang api neraka.

Dan adalah diriwayatkan bahawa Imam Hassan Al Basri Rahimatullah taala diberikan kepada beliau segelas air sejuk, lalu beliau memegang gelas tersebut dan terus sahaja beliau pengsan. Apabila beliau telah sedar lalu ada orang bertanya, kenapa tadi engkaujatuh pengsan. Beliau menjawab, tadi aku teringat angan-angan ahli neraka, kelak nanti mereka berkata kepada ahli syurga:
Maksudnya,
Limpahkan kepada kami sebahagian daripada air yang ada pada kamu atau apa sahaja makanan dari rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu (Surah Al A'raf, 50)