Saturday, October 24

Muqarranah Solat


Assalamualaikum,

Di dalam beberapa hari ini, terasa diri ini jahat sangat sebab terkeluar daripada mulut, tersalah laku kerana menegur dan mengajak beberapa kawan untuk bersolat jemaah sekali, sedangkan saya tahu memang jarang mereka solat. Saya takut sangat, kerana saya faham, hidayah dan kekuatan untuk beribadat hanya datang daripada Allah taala. Takut-takut kata-kata / tindakan saya menjadi fitnah kepada saya pulak nanti. Tapi, kadang-kadang betul jugak kata seorang kawan, "kita menegur untuk diri kita dan juga diri mereka, yang lain serah pada Allah taala".

Selalu kita mendengar bahawa, solat itu tiang agama. Malah ada hadis sahih muslim yang mengkafirkan orang yang tidak menunaikan solat. Tetapi bukan lah mengkafirkan pada iktiqad tetapi pada amalan. Kafir maksud pada bahasa arab ialah derhaka. Tetapi seorang Ustaz pernah perjelaskan masalah ini, bahawa jika solat jika terus menerus ditinggalkan, maka seseorang itu boleh jatuh kepada kafir iktiqad kerana tiada iman yang tertegak pada hati. Na u'zu billah himin zalik

Tapi sebenarnya, saya nak bercerita mengenai muqarranah solat sebenarnya. Niat bermaksud lintasan hati. Ada 4 jenis orang berniat di dalam solat, 2 diterima dan 2 lagi ditolak:
1. Lintasan hati dengan niat yang sempurna(diterima)
2. Lintasan hati dengan niat yang tidak sempurna(diterima)

3. Kata-kata hati dengan niat yang sempurna(ditolak)

4. Kata-kata hati dengan niat yang tidak sempurna(ditolak)


Berhati-hatilah.


Muqarranah solat adalah bahagian-bahagian niat pada solat, semasa mengangkat takbiratul ihram. Secara asasnya, muqarranah solat itu 3:-
1. sahaja aku solat
2. fardhu/ sunat
3. subuh/asar ...dsb

Maka untuk solat biasa, muqarranah nya adalah 3. Tetapi apabila didalam solat jumaat, muqarranah menjadi 4 kerana syarat sah solat Jumaat perlukan 40 orang ahli. Muqarranah solat Jumaah ialah:-

1. sahaja aku solat
2. fardhu/ sunat

3. subuh/asar/jumaat ...dsb
4. mengikut imam

Begitu juga dengan solat yang di Qasarkan(terkecuali jamak) dengan 4 muqarranah, kerana memendekkan solat. Maka muarranah solat Qasar menjadi :-
1. sahaja aku solat
2. fardhu/ sunat

3. subuh/asar ...dsb
4. Qasar


Solat yang dijamakkan tidak dikira sebagai muqarranah kerana tidak disyaratkan niat pada takbiratu ihram solat. Cukup sekadar lintasan hati di dalam mana-mana bahagian solat.

Muqarranah solat meletakkan solat kepada satu tangga berbeza dengan solat lain. Solat dengan Muqarranah 4 adalah lebih tinggi nilainya daripada muqarranah yang 3. Sebab itu, solat Jumaat lebih tinggi daripada solat Zohor, dan solat Qasar lebih tinggi daripada zohor atau asar.

Muqarranah juga memberi kesan kepada solat jemaah. Adalah menjadi syarat muqarranah solat imam perlu lebih atau sama dengan makmum. Maka tidak diboleh untuk solat Qasar makmum, berimamkan dengan solat Zohor.

Rasanya banyak sangat saya bercerita. Takut salah la pulak. Jika ada yang meragukan sila lah beri komen. Harap dimaafkan jika tersilap atas hamba yang jahil ini.

Sekian

2 comments:

Linda Hamzah said...

Assalamulaikum,

Saya Puan Haslinda,
Memang saya mempunyai delima dalam menegur kwn untuk bersolat...
delima ini menyebab saya mengambil keputusan utk tidak menegur kwn2 saya.... Rasa bersalah ade jugak..

bukan setakat solat, bab aurat pun sama.... dulu masa bujang saya agak tidak ambik berat pasa aurat... setakat pakai tudung dah kira okey... Tapi bila kawin suami byk menegur... saya sedar ape yang wajib bagi seorang wanita dalam menutup aurat...

Malangnye perubahan saya ini, menyebabkan kawan2 memandang rendah kepada saya... lebih beranggapan saya kolot...

Boleh tak en. Nazri bercerita tentang aurat manusia...

naazri said...

Walaikumussalam,

Puan, Alhamdulillah kerana Puan telah diberi rahmat kepada Allah untuk berubah. Apa yang Puan cuba lakukan adalah termasuk di dalam usaha untuk berdakwah.

Apabila membaca comment ini, teringat pulak ilmu yang saya dapat minggu lepas.

"Tidak aku melihat satu keaiban itu satu keaiban
Melainkan keaiban yang diusahakan atasnya"


Maksudnya, tidak lah penulis melihat itu sesuatu itu keaiban melainkan tiada usaha untuk merubah. Jika dulu, kita tidak tutup aurat, kemudian kita menutup aurat, maka tidak lah ia menjadi aib bagi kita kerana usaha kita menutup aurat. Maka, syukurlah pada Allah taala.

Mengenai kolot, saya tidak berpegang begitu. Jika saya mengatakan menutup tudung itu kolot, maka adakah Al-Quran itu kolot? Adakah Hadis itu kolot? Kalau begitu, tahun-tahun akan datang, janganlah beraya Aidilfitri. Itukan kolot. Islam itu selamat dan indah. Bagi orang yang menghayati islam dengan seiklasnya, islam itu cantik walau dari segi mana pun.

Bukanlah islam itu menjadikan kita baik, tetapi menjadikan kita seorang kita hamba yang taat pada yang Menjaga. Teringat kata seorang Ustazah saya masa sekolah menegah dulu,
"Jagalah hubungan kamu dengan tuhan, maka tuhan akan jaga kamu"

Pada saya, jika kawan-kawan menjauhkan diri Puan, sebenarnya tuhan telah menjauhkan diri Puan dari anasir-anasir yang kafir. [Kafir pada bahasa Arab ialah derhaka]. Percayalah, dari sini tuhan akan dorongkan kepada yang lebih baik.

Banyak-banyakkan lah bersabar. Untuk kawan-kawan, selemah-lemah iman, doakan lah mereka, jangan dikutuk. Jika ada kekuatan, berdakwahlah secara hikmah. Kadang-kadang cara hikmah itu pelik bagi manusia, tetapi Allah jualah yang memberi bekas. Ingatlah kata Saidina Ali,
"Seorang mukmin, jika hikmah itu bertaburan di tepi jalan, maka mereka akan mengutipnya"

Akhir kata, ingatlah bermohonlah pada Allah dengan berkat Nabi Muhammad SAW. Mohonlah dengan kerendahan hati dan beradap. Insyallah. Selawatlah selalu, moga kita dirahmati.