Monday, August 11

Ilmu Itu Tidak Bermanafaat Kecuali Bila Sudah Diamalkan


Wahai anakku yang tercinta,

Janganlah engkau jadi orang yang muflis pada amalnya dan janganlah engkau jadikan dirimu itu kosong daripada perkara yang berfaedah dan yakinlah bahawasanya semata-mata ilmu itu belum dapat menjamin keselamatan mu di akhirat ke belakang.
Umpamanya: Kalau seseorang ada memiliki sepuluh bilah pedang yang sangat tajam dan juga bermacam-macam senjata yang lain lagi dan dia pula adalah seorang yang berani dan sangat cekap dalam peperangan, lalu datang seorang singa yang garang dan terus menyerangnya. Maka apa pendapatmu, apakah semata-mata semiliki segala senjata tadi tanpa menggunakannya sudah cukup untuk menangkis serangan singa tadi? Sudah tentu tidak. Segala senjata itu baru bermanafaat apabila ianya digunakan oleh tuan empunya senjata itu. Maka begitulah keadaan seseorang yang telah mengetahui ratusan ribu masalah ilmu tetapi ia tidak beramal dengannya, maka segala ilmunya tidak akan bermanafaat kecuali stelah diamalkannya. Sama pula keadaanya dengan seseorang yang diserang sakit demam panas dan sakit kuning yang biasanya ia dinasihatkan meminum ubat sekanjabin dan kaskab(sejenis ubat-ubatan yang merukan campuran daripada cuka dan madu atau apa juga yang manis dicampurkan dengan yang masam), maka tidak akan hasil sembuhnya kecuali dengan meminum ubat tersebut.
Dalam hal ini disebutkan suatu syair dalam bahasa Parsi:

Seandainya engkau menimbang dua ribu kati arak, maka engkau tidak akan mabuk sehingga bila engkau meminumnya.

Jadi jika engkau belajar imu seratus tahun lamanya dan engkau menghimpunkan seribu buah kitab maka engkau masih belum layak mendapat rahmat Allah taala kecuali dengan mengamalkan ilmu ini. Allah taala telah berfirman:
Dan sesungguhnya manusia itu tidak akan mendapatkan sesuatu, kecuali apa yang diusahakannya.

Dan firmannya lagi:

Maksudnya,
Maka sesiapa yang mengharapkan akan bertemu Tuhannya, maka hendaklah ia beramal akan amalan yang salih
Surah Al-Kahfi : 110

Dan firmannya lagi,
Maksudnya,
(Balasan yang diberikan kepada mereka itu) adalah sebagai balasan bagi amalan yang telah mereka lakukan.
Surah At-Taubah : 82

Dan firmannya lagi,
Maksudnya,
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh adalah syurga :"Jannatul Firdaus" itu sebagai tempat tinggal mereka. Mereka kekal didalammnya dan mereka sudah tidak mahu lagi mencari tempat yanglain daripadanya sebagai gantinya.

Dan firmannya lagi,
Maksudnya,
Kecuali(ertinya tidak masuk neraka) orang yang bertaubat dan beriman serta beramal dengan amal yang salih.
Surah Al-Furqan : 70

Apabila engkau tidak beramal dengan ilmu maka apa jawapanmu terhadap hadis di bawah ini:
Maksudnya,
Islam itu diasaskan atas lima perkara: Penyaksian bahawa tidak ada Tuhan kecuali Allah dan bahawa Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, mengerjakan haji ke Baitulah bagi mereka yang mampu pergi ke sana.

Maka iman tu ialah perkataan dengan lidah, membenarkan dengan hati dan beramal dengan angota. Dan dalil yang menuntut kita supaya beramal itu sangat banyak sekali sehingga tidak dapat dihitung banyaknya. Walaupun seorang hamba itu akan masuk syurga hanya dengan rahmat Allah dan kemurahan Allah taala, namun rahmat dan kemurahan ini didapati setelah seseorang hamba itu mempersiapkan diri dengan ketaatan dan ibadat, kerana rahmat Allah itu dekat kepada hamba-hambaNya yang berbuat baik.

Seandanya ada orang berkata:

Masuk syurga itu hanya dengan semata-mata iman(Inilah i'tikad Ahli Sunnah Wal Jamaah)

Maka kami menjawab,
Memang begitu, tetapi bilakah seseorang itu dapat sampai ke sana dengan selamat(masuk syurga) dan berapa banyak halangan dan dugaan yang besar-besar yang mesti dilaluinya sebelum sampai ke sana.

Maka dugaan pertama yang mesti dilauinya ialah ddugaan iman itu sendiri, apakah ia pasti selamat daripada tercabut iman sehingga ke akhir hayatnya. Dan apabila ia telah mati dalam keadaan beriman, maka apakah telah pasti pula bahawa ia tidak akan muflis atau rugi. Dan berkata Imam Al-Basri rahimahullahu taala:

Allah taala berfirman kepada hamba-hambaNya pada hari kiamat nanti: "Masuklah kamu ke dalam syurga dengan rahmatKu, dan tentukan kedudukan kamu masing-masing menikut amalan kamu".

No comments: