Saturday, August 16

Kadar Balasan Mengikut Kadar Amalan


Wahai anakku yang tercinta,

Selama mana engkau tidak beramal maka selama itulah engkau tidak mendapat pahala.
Diriwayatkan bahawa ada seorang lelaki dari kalangan Bani Israel yang telah beribadat selama 70 tahun lamanya, lalu Allah taala mahu menunjukkan keadaannya ini kepada para malaikat, maka Allah taala mengutuskan kepadanya seorang malaikat yang memeberitahu bahawa: Walaupun ia telah beribadat 70 tahun lamanya ia masih belum layak untuk masuk ke dalam syurga. Apabila malaikat ini selesai memberitahu hal ini kepadannya lalu ia berkata: Itu bukan urusan saya. Saya diciptakan untuk beribadat kepada Allah. Maka itulah kerja yang saya mesti saya lakukan. Apabila malaikat itu kembali kepada Allah lalu ia berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya engkau Maha Mengetahui apa yang telah diperkatakannya. Lalu Allah taala berfirman:"Apabila hambaku itu tidak berpaling daripada beribat kepadaku, maka Aku membalasnya dengan kemurahaKu, Aku juga tidak akan berpaling daripadanya. Wahai para malaikatKu, saksikanlah kamu semua bahawa Aku telah mengampuni akan segala dosanya.

Dan telah bersabda Rasulullah SAW:
Maksudnya,
Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab, dan timbanglah amalanmu sebelum kamu ditimbang.

Dan berkata Saidina Ali KW:
Maksudnya,
Siapa yang menyangka bahawa tanpa usaha ia akan dapat masuk ke dalam syurga maka orang itu hanya berangan-angan sahaja dan sesiapa yang menyangka bahawa dengan usaha itu sahaja ia akan masuk syurga maka orang itu telah merasa kaya daripada rahmat Allah taala.

Dan berkata Hassan Al Basri RA:

Mencari syurga tanpa amalan adalah satu dosa daripada segala dosa.


Dan belia berkata lagi,
Tanda faham hakikat ilmu itu ialah meninggalkan memperhatikan pahala suatu amalan, bukan meninggalkan amalan.

Dan bersabda Rasuluallah SAW:

Maksudnya,
Orang yang bijak itu ialah orang yang sentiasa menghitung dirinya dan beramal untuk kehidupan sesudah matinya. Dan orang yang bodoh ialah orang yang selalu memperturutkan kehendak nafsunya dan hanya banyak berangan-angan untuk mendapat kemurahan Allah taala.

No comments: