Saturday, May 28

Agama Allah

Salam,

Banyak antara kita berpegang kepada agama. Ada yang beragama Islam, ada yang beragama Hindu, ada yang beragama Budha dan seterusnya, sedangkan Allah telah menegaskan di dalam Al-Quran
"Agama di sisi Allah ialah Islam".

Di dalam hadith, rasulluallah pernah bersabda,
"Pilihlah bakal isteri kamu dengan rupa, harta, keturunan, dan agama. Maka, pilihlah yang beragama".

Perkataan agama selalu disebut didalam hadith dan al-Quran. Apakah yang dimaksudkan dengan agama sebenarnya? Agama itu terdiri daripada 3.
1. 1/3 daripada agama itu adalah Islam
2. 1/3 daripada agama itu adalah Iman.
3. 1/3 daripada agama itu adalah Ihsan.

Islam adalah daripada perkataan Salam yang bermaksud kesejahteraan dan keselamatan. Islam adalah segala apa yang dibawa oleh rasulluallah kepada umatnya, dari segi sunnah, hukum hakam dan peradaban yang menyelematkan manusia daripada kejahatan dunia dan hawa nafsu.

Iman adalah ikatan muktamad di dalam hati yang dibenarkan pada mulut, hati dan perbuatan.

Ihsan pula apabila kita beribadat didalam keadaan allah melihat kita atau kita melihat allah.

Maka inilah yang dikatakan agama Allah

Thursday, August 12

Beradap Dengan Tuhan

Assalamualaikum ..,

Saban hari kita bersolat, dan beribadat kepada Allah, dari sehari ke hari. Ada kata pujangga mengatakan bahawa waktu hidup manusia hanyalah diantara iqamah dan azan. Pendek sungguh tempoh kita berehat di alam dunia. Namun, didalam masa yang sesingkat ini, sempatkah kita untuk sedar mengapa kita di hidupkan dan berehat sebentar didunia.

Seharian didalam hidup kita beribadat dan berdoa kepada Allah. Adakah kita memandang tuhan kita pada masa berhadapan dengan Nya. Adakah kita menjaga segala tingkah laku dan bicara ketika memandang tuhan pemilik segala raja.

Adakah wudhu' kita bersama doa mendapat rahmat nya?
Adakah soalt kita merendah diri berhadapan dengan Allah?
Adakah puasa kita ikhlas kepada Allah?
Adakah kita cinta sehingga kita sanggup mati untuk bertemu dengan tuhan semesta alam?

Ingatlah Allah dan merendah diri kepada Nya. Wahai sahabat ku, tanamkanlah tauhid didalam jiwamu. Hakikat sebenarnya, Allah lah yang meletakkan iman di dalam jiwamu. Pujilah Allah beserta syukur, andai tiada iman di dada, maka hinalah kamu seperti golongan kafirin. Jatuhkanlah harga diri kamu sehingga hilang rasa keakuan dirimu. Janganlah kamu terburu-buru menghina orang lain sedangkan dirimu sendiri tidak tentu akhirnya. Beristigfarlah sebagai hamba yang hilang dan baru pulang ke pangkuan tuan hamba. Berharaplah seperti musaffir yang terputus bekalan.

Tidak dijadikan manusia itu melainkan mengadikan diri kepada Allah. Berabdilah sehingga kamu benar-benar mengenali tuhan mu. Sucikanlah jiwa kerana dengan suci jiwa mu maka sucilah seluruh anggota tubuh mu. Berdoalah supaya seluruh hidup mu akan datang adalah kebajikan. Semoga kita didalam rahmat Allah.